Tahukah anda, salah satu sebab kenderaan tidak dapat dihidupkan adalah disebabkan oleh kerosakan bateri (Bateri weak/ kong). Oleh itu, bagi pemilik kenderaan, penjagaan beteri adalah mat penting.
Bateri kenderaan biasanya terdiri daripada 2 jenis :-
Sel Kering (Free maintenance)
Sel Basah
Sel Basah
- Memerlukan mainteance
- Tambah air bateri (mengisi air suling)
- Terdiri daripada; Asid sulfuric cair dan Plumbum plate
- Pakai max-2tahun
- sentiasa menambah air bateri selepas perjalanan yang jauh
- sebagai rutin maitenance; 2 minggu sekali
Kenapa kita perlu menjaga paras air suling dalam Bateri????
Penjagaan air bateri bagi penggunaan sel basah adalah sangat penting untuk mengelak bateri dari 'kong' dan memnjangkan jangka hayatnya.
Paras air di bawah paras 'lower level' menyebabkan plumbum ynag tidak terkena air akan kering dan rapuh. plumbum akan kurang dan mendap menyebabkan proses elektrostatic dalam bateri tidak sempurna.
Paras air melebihi paras 'upper level' aan menyebabkan air bateri melimpah. Vaporization dari air bateri yang terlampau penuh ketika perjalanan jauh akan keluar dari bateri, dan boleh menyebabkan bonet terhakis.
Sel Kering
- Nickel, Carbon atau Litium (kereta hybrid menggunakan petrol dan electric motor untik assist)
- Tidak memerlukan maintenance (pakai sehingga rosak)
Kedua-dua sel basah dan kering boleh dicas atau di 'jump start'
Untuk mengetahui samaada bateri telah rosak;
Start enjin
Lampu terpasang tetepi engine tidak crank
Buat jump start -- Sekiranya enjin tidak boleh dihidupkan, ini bermakna bateri sudah rosak dan perlu diganti baru.
Pastikan juga memeriksa komponen elektrikal yang lain juga, seperti charging sistem. Kerosakan Alternator juga, boleh menyebabkan bateri lemah dan kenderaan tidak dapat dihidupkan.
Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila mengendalikan kenderaan baru
i. Gunakan manual sebagai panduan kita.
ii. Jangan bekerja pada putaran yang tinggi.
iii. Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum kita menggerakkannya.
iv. Pastikan kita selalu melakukan pemeriksaan berkala pada kenderaan tersebut.
Disamping perkara-perkara di atas tadi penggunaan peralatan yang betul juga amatlah diperlukan bagi mengelakkan sesuatu kerosakan yang lebih serius daripada berlaku.Setiap kenderaan mestilah mempunyai peralatan tangan yang betul seperti :
i. Satu set spana.
ii. Jek tayar.
iii. Spana plug.
iv. Bekas minyak pelincir.
Alatan tersebut merupakan alat-alat utama yang diperlukan untuk mengatasi kerosakan yang berlaku pada kenderaan. Kita mesti tahu menggunakan alatan yang sesuai dengan kerosakan yang berlaku pada sesuatu komponen.
Disamping itu juga kenderaan kita mestilah mempunyai komponen-komponen gantian seperti :
i.Fius.
ii.Mentol (blub).
iii.Kabel elektrik.
iv.Plug.
vi.Minyak pelincir dan sebagainya.
Kita mesti memastikan setiap komponen gantian mesti ada dalam kenderaan. Komponen-komponen tersebut merupakan bahagian yang sentiasa mengalami kerosakan. Kita mestilah menyimpan semua peralatan dan komponen di atas dan tahu di mana gunanya alatan tersebut. Tujuan kita menyimpan semua alatan dan komponen-komponen gantian adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku satu perkara yang tidak diingini.
Sebagai contoh jika fius lampu terbakar, maka kita akan dapat membetulkannya pada masa itu juga. Selain menjimatkan masa, kita jugo dapat menjimatkan duit dari menghantar ke kedai.
Kita juga perlu beringat untuk memeriksa keadaan kenderaan kita supaya sentiasa sempurna dan pastikan kita tidak lupa akan peralatan yang diperlukan oleh sesebuah kenderaan.
1. Cara untuk menjaga kenderaan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik
1.1.Memanaskan enjin
Adalah penting untuk kita memanaskan enjin terlebih dahulu sebelum kita menggerakkannya. Pada masa ini semua sistem akan mula beroperasi seperti minyak pelincir akan dialir kesemua arah. Jika enjin tiba-tiba digerakkan sebelum dipanaskan maka ini bererti enjin terpaksa bekerja sebelum pada waktu minyak pelincir sampai pada tempatnya. Ini akanmenyebabkan geseran tanpa pelincir akan menjadikan enjin cepat haus.
1.2.Jangan membebani enjin terlalu kasar
Ini boleh dilihat apabila kita mendaki bukit dengan menggunakan gear ketiga dalam jangka masa yang lama.Ini akan menjadikan enjin cepat panas dan penggunaan petrol yang berlebihan. Jangan selalu melakukan pecutan, pembrekkan dan pembelokan secara tiba-tiba. Ini kerana tindakan sebegini akan menyebabkan kadar kehausan yang tinggi pada tayar dan bahagian-bahagian yang lain.
1.3.Jangan memijak pedal cekam apabila tidak diperlukan
Gunakan apabila diperlukan sahaja seperti hendak menggerakkan kenderaan, sedang berhenti atau pada hendak menukar gear sahaja.
1.4.Jangan memindahkan gear terlalu kasar
Gunakan secara lembut dan berhati-hati agar tidak merosakkan bahagian gear tersebut.
Oleh itu, untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik...Pastikan anda menjaga kenderaan dengan rapi dan cermat...
Gunakan dipstick Pastikan paras minyak adalah FULL
3. Periksa 'Coolant' (Penyejukan)
Pastikan paras colant di FULL Tambah coolant sekiranya berkurang
4. Periksa keadaan tayar
Check angin dan kondisi bunga tayar
5. Periksa minyak gearbox
Gunakan dipstick Periksa paras minyak
6. Periksa minyak brek
Periksa paras minyak Tambah minyak brek jika perlu
P/S: Langkah-langkah kat atas nie memang mudah..cepat..dan selamat. Special tools pon tak perlu digunakan.. Lelaki ke perempuan, semua boleh cuba buat sendiri.... \(",)/ Selamat Mencube!!
Pernahkah terjadi peristiwa seperti ini...??
1. Kerata 'Overheat' di tengah jalan..
2. Enjin kereta tiba-tiba mati di tengah jalan
3. Kereta tidak boleh start.
4. Tayar pecah di tengah jalan..
....dan lain2 lagi yang melibatkan kereta kesayangan saya..anda...dan juga beliau...
Disini saya sediakan serba sedikit tips pemeriksaan awal kenderaan sebelum memulakan perjalanan...terutamanya bagi mereka yang nak memulakan perjalanan jauh..
1.Pemeriksaan Sebelum Memandu Kenderaan
Ia tidak memerlukan peralatan yang terlalu khusus.Ia perlu dilakukan supaya memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan sempurna Antara perkara penting yang perlu dilakukan sebelum kita menghidupkan kenderaan dan seterusnya menggerakkan kenderaan tersebut adalah :
1.1.Periksa keadaan bateri
Kita hendaklah memeriksa keadaan bateri kita dari segi kandungan air bateri sama ada mencukupi ataupun tidak.Ini penting bagi memastikan bateri tidak ‘kong’ atau hilang upaya
untuk menyimpan cas. Disamping itu juga terminal bateri dan kepala bateri juga perlu berada dalam keadaan baik.
1.2.Periksa kuantiti minyak pelincir (lubrication system)
Ini perkara penting yang perlu kita lakukan bagi memastikan sistem pelinciran dalam keadaan baik, yang mana setiap bahagian yang memerlukan pelinciran dapat menerimanya. Jika tiada pelinciran boleh menyebabkan kehausan yang kritikal pada enjin dan boleh menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi atau ‘jamm’.
1.3.Periksa keadaan sistem penyejukan (cooling system)
Sistem penyejukan juga perlu diperiksa bagi memastikan kepanasan enjin dapat dikawal. Tanpa sistem ini enjin boleh panas dan mempercepatkan lagi kadar kehausan pada enjin. Pastikan kuantiti coolant mencukupi paras yang diperlukan.
1.4.Periksa keadaan tayar
Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian iaitu keadaan tayar kenderaan. Pastikan bunga tayar tidak haus yang mana kenderaan boleh membuang semasa kita sedang membelok. Tekanan udara dalam tayar juga perlu diperhatikan.Pastikan ianya berada pada tahap yang dibenarkan oleh pengeluar. Kandungan udara yang rendah dari tahapnya bolehmenyebabkan tayar pecah akibat kepanasan geseran antara tayar dengan jalan.
1.5.Kandungan bahan api (fuel)
Kadang-kadang enjin mati ditengah jalan bukan disebabkan masalah enjin ataupun sistem elektrikal tetapi disebabkan kehabisan fuel. Ini adalah kerana pemandu sentiasa lupa akan hal ini yang mana ia nampak masalah yang kecil dan dipandang remeh oleh pemandu. Oleh itu pastikan terlebih dahulu kandungan fuel sentiasa ada atau penuh dalam tangki.
1.6.Periksa minyak gear box.
Ini juga perlu diperiksa selalu kerana pemandu sentiasa lupa untuk memeriksa keadaan minyak gear box sama ada cukup atau tidak.Kekurangan minyak pada gear box boleh menyebabkan kehausan akibat daripada geseran akibat pertukaran gear-gear dan sistem klac.Tambah jika ianya kurang dari pada tahap yang dibenarkan.
1.7.Periksa keadaan sistem brek
Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan sebelum kita memandu kenderaan ialah memeriksa keadaan supaya brek berada dalam keadaan baik.Biasanya kemalangan kenderaan adalah disebabkan masalah pada sistem pembrekkan.Oleh itu kita sebagai pemandu perlu sentiasa memeriksa keadaan brek kita supaya berada pada tahap yang paling memuaskan bagi memastikan kenderaan dapat diberhentikan dengan selamat.
2.Pemeriksaan Berkala
Satu lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh kita iaitu pemeriksaan berkala.Kenderaan diperiksa setelah digunakan dalam satu jangka waktu yang tertentu.Ianya boleh dikira dalam hari,minggu,bulan atau dalam kilometer atau batu. Ia perlu dilakukan setiap 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan ataupun 3,000 km , 5,000 km atau 10,000 km. Biasanya pihak pengeluar kenderaan akan memberikan kita panduan untuk memeriksa keadaan sistem-sistem yang terdapat pada kenderaan kita. Apabila sesuatu sistem pada kenderaan sudah mencapai tempoh yang dibenarkan maka sistem tersebut perlulah dilakukan sesuatu sama ada selenggara, baik pulih atau ganti baru jika perlu bagi memastikan enjin dapat berfungsi dengan sempurna kembali dan disamping itu juga menjamin jangka hayat kenderaan tersebut.
Oleh yang demikian...Rajin la memeriksa kenderaan anda sebelum berjalan jauh...Ingatlah org tersayang...Selamat Beramal!!!