1.1. Memanaskan enjin
Adalah penting untuk kita memanaskan enjin terlebih dahulu sebelum kita menggerakkannya. Pada masa ini semua sistem akan mula beroperasi seperti minyak pelincir akan dialir kesemua arah. Jika enjin tiba-tiba digerakkan sebelum dipanaskan maka ini bererti enjin terpaksa bekerja sebelum pada waktu minyak pelincir sampai pada tempatnya. Ini akan menyebabkan geseran tanpa pelincir akan menjadikan enjin cepat haus.
1.2. Jangan membebani enjin terlalu kasar
Ini boleh dilihat apabila kita mendaki bukit dengan menggunakan gear ketiga dalam jangka masa yang lama.Ini akan menjadikan enjin cepat panas dan penggunaan petrol yang berlebihan. Jangan selalu melakukan pecutan, pembrekkan dan pembelokan secara tiba-tiba. Ini kerana tindakan sebegini akan menyebabkan kadar kehausan yang tinggi pada tayar dan bahagian-bahagian yang lain.
1.3. Jangan memijak pedal cekam apabila tidak diperlukan
Gunakan apabila diperlukan sahaja seperti hendak menggerakkan kenderaan, sedang berhenti atau pada hendak menukar gear sahaja.
1.4. Jangan memindahkan gear terlalu kasar
Gunakan secara lembut dan berhati-hati agar tidak merosakkan bahagian gear tersebut.
No comments:
Post a Comment