1. Kerata 'Overheat' di tengah jalan..
2. Enjin kereta tiba-tiba mati di tengah jalan
3. Kereta tidak boleh start.
4. Tayar pecah di tengah jalan..
....dan lain2 lagi yang melibatkan kereta kesayangan saya..anda...dan juga beliau...
Disini saya sediakan serba sedikit tips pemeriksaan awal kenderaan sebelum memulakan perjalanan...terutamanya bagi mereka yang nak memulakan perjalanan jauh..
1. Pemeriksaan Sebelum Memandu Kenderaan
Ia tidak memerlukan peralatan yang terlalu khusus.Ia perlu dilakukan supaya memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan sempurna Antara perkara penting yang perlu dilakukan sebelum kita menghidupkan kenderaan dan seterusnya menggerakkan kenderaan tersebut adalah :
1.1. Periksa keadaan bateri
Kita hendaklah memeriksa keadaan bateri kita dari segi kandungan air bateri sama ada mencukupi ataupun tidak.Ini penting bagi memastikan bateri tidak ‘kong’ atau hilang upaya
untuk menyimpan cas. Disamping itu juga terminal bateri dan kepala bateri juga perlu berada dalam keadaan baik.
1.2. Periksa kuantiti minyak pelincir (lubrication system)
Ini perkara penting yang perlu kita lakukan bagi memastikan sistem pelinciran dalam keadaan baik, yang mana setiap bahagian yang memerlukan pelinciran dapat menerimanya. Jika tiada pelinciran boleh menyebabkan kehausan yang kritikal pada enjin dan boleh menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi atau ‘jamm’.
1.3. Periksa keadaan sistem penyejukan (cooling system)
Sistem penyejukan juga perlu diperiksa bagi memastikan kepanasan enjin dapat dikawal. Tanpa sistem ini enjin boleh panas dan mempercepatkan lagi kadar kehausan pada enjin. Pastikan kuantiti coolant mencukupi paras yang diperlukan.
Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian iaitu keadaan tayar kenderaan. Pastikan bunga tayar tidak haus yang mana kenderaan boleh membuang semasa kita sedang membelok. Tekanan udara dalam tayar juga perlu diperhatikan.Pastikan ianya berada pada tahap yang dibenarkan oleh pengeluar. Kandungan udara yang rendah dari tahapnya bolehmenyebabkan tayar pecah akibat kepanasan geseran antara tayar dengan jalan.
1.5. Kandungan bahan api (fuel)
Kadang-kadang enjin mati ditengah jalan bukan disebabkan masalah enjin ataupun sistem elektrikal tetapi disebabkan kehabisan fuel. Ini adalah kerana pemandu sentiasa lupa akan hal ini yang mana ia nampak masalah yang kecil dan dipandang remeh oleh pemandu. Oleh itu pastikan terlebih dahulu kandungan fuel sentiasa ada atau penuh dalam tangki.
1.6. Periksa minyak gear box.
Ini juga perlu diperiksa selalu kerana pemandu sentiasa lupa untuk memeriksa keadaan minyak gear box sama ada cukup atau tidak.Kekurangan minyak pada gear box boleh menyebabkan kehausan akibat daripada geseran akibat pertukaran gear-gear dan sistem klac.Tambah jika ianya kurang dari pada tahap yang dibenarkan.
1.7. Periksa keadaan sistem brek
Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan sebelum kita memandu kenderaan ialah memeriksa keadaan supaya brek berada dalam keadaan baik.Biasanya kemalangan kenderaan adalah disebabkan masalah pada sistem pembrekkan.Oleh itu kita sebagai pemandu perlu sentiasa memeriksa keadaan brek kita supaya berada pada tahap yang paling memuaskan bagi memastikan kenderaan dapat diberhentikan dengan selamat.
2. Pemeriksaan Berkala
Satu lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh kita iaitu pemeriksaan berkala.Kenderaan diperiksa setelah digunakan dalam satu jangka waktu yang tertentu.Ianya boleh dikira dalam hari,minggu,bulan atau dalam kilometer atau batu. Ia perlu dilakukan setiap 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan ataupun 3,000 km , 5,000 km atau 10,000 km. Biasanya pihak pengeluar kenderaan akan memberikan kita panduan untuk memeriksa keadaan sistem-sistem yang terdapat pada kenderaan kita. Apabila sesuatu sistem pada kenderaan sudah mencapai tempoh yang dibenarkan maka sistem tersebut perlulah dilakukan sesuatu sama ada selenggara, baik pulih atau ganti baru jika perlu bagi memastikan enjin dapat berfungsi dengan sempurna kembali dan disamping itu juga menjamin jangka hayat kenderaan tersebut.
Oleh yang demikian...Rajin la memeriksa kenderaan anda sebelum berjalan jauh...Ingatlah org tersayang...Selamat Beramal!!!
No comments:
Post a Comment